Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Terengganu telah berakhir dan PAS telah menang bergaya. Alhamdulillah.. Saya anak kelahiran Kuala Terengganu dan mama tersayang keseorangan tinggal di sana setelah papa meninggal. Cuba juga mengajak mama tinggal bersama di KL namun dia lebih selesa tinggal di kampung, "dok la boring, banyok mende boleh buat" katanya.
Agak terkilan kerana tidak mengundi di KT kerana nama telah ter'register' di Balakong mengikut alamat MyKad. Namun, saya berkesempatan pulang pada hujung minggu selepas penamaan calon dan menyaksikan sendiri perang kempen kedua-dua belah pihak dalam keadaan hingar-bingar dan kesesakan jalan adalah lebih teruk dibandingkan semasa pulang berhari raya.
Kekalahan BN telah mengundang pelbagai teori dan persepsi terutama peluang Pakatan Rakyat untuk mengambilalih kerajaan pusat. Kekalahan di KT memberi indikasi gelombang tsunami politik masih kuat walaupun PRU sudah hampir setahun berlalu dan 16 September tidak menjadi kenyataan. Pemimpin BN telah mengeluarkan pelbagai alasan untuk menjustifikasi kekalahan di KT dengan majoriti lebih 2,000 undi berbanding kemenangan Allahyarham Datuk Razali Ismail dengan majoriti lebih 600 undi.
Paling 'glamor' ialah alasan pengundi muda dan taktik kotor pihak pembangkang seperti menghalang pengundi keluar. Hhhhmmm... Taktik kotor pembangkang?? Sungguh bingung memikirkan apa yang pembangkang mampu buat sedangkan BN telah menggerakkan seluruh jentera kerajaan dalam menghadapi PRK ini termasuk menempatkan lebih 10,000 polis di KT sahaja.
Timbalan Pengerusi BN yang juga mengepalai BN di PRK KT telah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO dan BN perlu berubah dan lebih berjiwa rakyat dalam memenangi hati rakyat.
Wah..!! Jelas sekali 'wakil rakyat' yang kita pilih tidak berjiwa rakyat rupanya. Mereka yang sepatutnya menjadi wakil kita dan bekerja untuk menjaga kepentingan kita rupanya tidak 'suka' kita. Habis tu buat apa pilih?? Mereka ini berjiwa apa??
Katanya lagi, UMNO dan BN perlu berubah untuk jadi kurang 'flashy'.... Hmmmm... Terjawab lah soalan tadi. Mereka berjiwa 'sendiri', berjiwa 'mewah', mementingkan tembolok sendiri tanpa memikirkan tujuan asal terpilih. Rupanya rakyat dalam negara mereka hanyalah mereka sendiri dan beberapa orang yang rapat. Rupanya, selama ini kita pilih mereka untuk jadi kaya bukan untuk berkhidmat bagi pihak kita. Salah pilihan kita agaknya.
Berbalik kepada perjalanan pulang saya semasa tempoh berkempen. Kebetulan pula balu Allahyarham Datuk Razali Ismail merupakan dua pupu saya iaitu kami dari moyang yang sama. Sepanjang saya di sana, saya berkesempatan bertemu dengan ramai orang UMNO (kerana pergi dengan seorang kawan ahli UMNO) termasuk beberapa anak pemimpin penting dalam UMNO. Rata-rata apabila ditanya apakah peluang calon BN mereka menjawab 'susah nak menang'. Kenapa?? BN tidak fokus kepada mengambil hati pengundi.
Allahyarham dahulu sering pergi berjemaah subuh di surau atau masjid tiap kali berada di KT dan pernah juga memberi kuliah subuh kepada jemaah. Calon BN yang ini tak pernah kelihatan pun berjemaah sebelum ini. Keluar berkempen pun pukul 10 pagi sebab malam terlalu penat mesyuarat gerakan. Contoh ini diberitahu kepada saya oleh orang yang rapat dengan Allahyarham.
Pemimpin UMNO dan BN datang ke KT dengan 'entourage' yang besar siap dengan 'outrider' dan sebagainya. Apabila pemimpin nak naik lif masuk dan keluar dari hotel, 15 minit sebelumnya lagi tetamu hotel yang lain terpaksalah naik lif barang. Tempat letak kereta penuh memaksa penduduk KT parking la kereta kat mana-mana yang boleh. Nasib baiklah kebanyakkan penduduk KT pandu kereta-kereta kecil sahaja berbanding dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN ni, jadi bolehlah selit je.
Inilah situasi dan keadaan semasa tempoh berkempen yang mengundang persepsi buruk rakyat kepada BN. Berbeza dengan PAS dan PR. Jauh bezanya macam langit dengan bumi. Ada EXCO PAS dari Kelantan datang ke KT dan menyewa rumah, tinggal di situ bersama beberapa ahli-ahli PAS biasa yang datang dari segenap pelusuk negara. Tinggal di situ macam tinggal di asrama, memasak dan makan bersama-sama. Apabila masuk waktu solat termasuk subuh, mereka pergi berjemaah bersama-sama di surau atau masjid dan seterusnya keluar berkempen dari rumah ke rumah.
Saya percaya, mereka ini bukan buat-buat semata-mata hanya untuk memenangi hati pengundi tetapi kerana mereka memang berhati rakyat. Namun, saya tidak pasti sama ada mereka akan terus begini sekiranya PR berjaya menjadi Kerajaan kelak. Rasanya, hampir semua rakyat negara ini memerlukan pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat.
Pada pandangan rakyat, sebenarnya, kekalahan UMNO / BN dalam PRK KT bukanlah kerana pelbagai alasan bodoh yang diberikan oleh pemimpin tetapi sebenarnya lebih kepada - KAMI MAHUKAN 'WAKIL RAKYAT' dan bukannya wakil diri.
Seorang rakan karib saya memberitahu bahawa KT By-Election adalah sebenarnya UMNO/BN Bye-Bye Election...!!!
Wednesday, January 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment