Adakah kita sudah merdeka sejak 1957? Benarkah merdeka itu hanya bermaksud bebas dari penjajahan kuasa asing di negara kita ini? Adakah cara-cara lain yang membolehkan kita masih dijajah?
Banyak lagi soalan-soalan yang perlu dijawab berkenaan merdeka ni. Tapi yang paling utama sekarang ialah kita berpeluang menyaksikan langkah pertama untuk negara kita bebas dan merdeka daripada penjajahan minda oleh bangsa sendiri. Kemenangan Pak Sheikh di PP merupakan satu contoh kemerdekaan daripada penjajahan minda oleh UMNO dan BN.
UMNO dan BN, bermula dengan era pemerintahan kuku besi TDM, telah menggunakan 'mainstream media' untuk menjajah minda rakyat. Menyebarkan berita-berita palsu untuk menjamin 'survival' politik mereka. Berita-berita dan rencana yang disebarkan kepada rakyat melalui stesen tv dan suratkhabar telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak ini untuk memberi gambaran yang salah kepada pihak pembangkang. Bukan setakat berita dan rencana sahaja, malah rancangan-rancangan tv yang sepatutnya hanyalah sebagai hiburan keluarga, juga membawa mesej-mesej politik dan propaganda jahat parti pemerintah.
Saya dan beberapa rakan berpeluang untuk pergi menghayati 'history in the making' di PP pada malam terakhir kempen. Tujuan ke sana adalah untuk menyaksikan sendiri keadaan sebenar perjalanan kempen sebelum pilihanraya kecil PP setelah kami tidak percaya dengan laporan-laporan yang telah diputarbelitkan oleh 'spindoctors' kerajaan dalam suratkhabar. Benarlah seperti yang kami jangkakan. Tidak kelihatan ceramah yang dianjurkan oleh UMNO (mungkin kami tak pusing habis sebab tak tau jalan sangat) kerana penduduk tempatan lebih tahu tentang program ceramah DSAI. 'Finale' ceramah di Jalan Baharu adalah 'venue' terakhir DSAI berceramah sebelum pilihanraya pada 26/08/08.
Hujan yang agak lebat tidak menghalang penyokong-penyokong DSAI untuk menanti ketibaan DSAI malah ada yang menjerit "mana ada hujan!!!" apabila penceramah meminta mereka bersabar dalam keadaan basah kuyup. Suasana yang 'meriah' ini amat menyentuh perasaan saya. Adakah ini suasananya semasa pemimpin-pemimpin negara berceramah kepada rakyat dalam usaha memerdekakan negara daripada penjajahan British dulu? Bezanya hanyalah dulu nak merdekakan negara dari penjajah asing tapi sekarang nak merdekakan negara dari penjajah bangsa sendiri.
Saya baru berpeluang melayari internet setelah hampir seminggu disebabkan oleh kesibukan kerja. Laman pertama yang saya ingin layari telah disekat (Malaysia-Today) oleh ISP's atas arahan MCMC. Kenapa? Setelah menyekat kebebasan media mereka kini melangkah setapak lagi untuk membelenggu pemikiran rakyat dengan menyekat pula dunia tanpa batasan - internet. Sungguh zalim dan bodoh kerajaan BN sekarang ini. Adakah mereka fikir dengan menyekat blog RPK ni dapat membantu mereka memenangi hati rakyat? Begini sempitkah pemikiran para pemimpin negara Malaysia ini?
Saya tidak berkesempatan dan berpeluang untuk meraikan kemerdekaan ini di KL namun saya menghayati kemerdekaan ini dengan memanjatkan syukur kepada Allah kerana memakbulkan doa kami rakyat tertindas ini dengan memberi harapan baru meniti hari-hari mendatang dalam dunia yang semakin mencabar dan yang semakin menghampiri 'hari kesudahan'.
"Ya Allah, tuhan sekalian alam... Makbulkanlah permintaan rakyat untuk melihat negara ini merdeka daripada penjajahan minda UMNO dan konco-konconya dengan menjadikan DSAI pemimpin kami. Dan seterusnya jangankah Engkau wahai Tuhan kami, memesongkan pula DSAI daripada perjuangannya sekarang... Amin"
Thursday, August 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment