Hari ini sudah 9 hari masyarakat Islam di Malaysia dan kebanyakkan negara di dunia menunaikan ibadah puasa. Dalam 9 hari ini, kebanyakkan daripada kita sudah serasi dengan keadaan berpuasa. Tiada lagi sungutan terpaksa bangun sahur, sungutan lapar dan dahaga atau nak hisap rokok, merungut untuk bersembahyang terawikh kerana terlalu panjang dan sebagainya lagi. Mungkin bagi beberapa golongan, keadaan ini menjadi semakin menyenangkan, mengasyikkan dan mereka merasa semakin suka untuk berada di dalam keadaan berpuasa ini. Mungkin kerana dengan berpuasa ini boleh menjimatkan perbelanjaan, menambah pendapatan, meningkatkan amal ibadah dan sebagainya.
Bayangkan, baru 9 hari berpuasa kita sudah boleh merasa serasi dan senang dengan keadaan ini. Cuba kita fikir dan amati keadaan dan kedudukan UMNO dalam sejarah negara ini. 51 tahun!!! bukan 1 tahun, bukan 5 tahun dan bukan 20 tahun.. 51 tahun.. Satu jangkamasa yang lama. Cukup lama.
Apakah maknanya? 51 tahun di tampuk PEMERINTAHAN (bukan kepimpinan) membuatkan UMNO menjadi terlalu bongkak dan sombong ataupun 'complacent'. Mereka sudah menjadi tamak untuk merebut harta yang senang diperolehi dengan hanya memegang jawatan dalam UMNO apatahlagi menjadi YB untuk UMNO. Kenapa hanya UMNO yang dipersoalkan sedangkan yang memerintah ialah BN? 'Bulls**t' kalau ada sesiapa yang menyatakan BN yang memerintah. Mereka yang berpendapat demikian hanyalah seperti katak di bawah tempurung.
Ada juga cerdik pandai yang sekolah tinggi-tinggi (tak kira la sekolah sekular ataupun sekolah agama) yang bermati-matian menyokong dan mempertahankan UMNO ni. Mereka semua adalah tergolong dalam golongan manusia yang hidup dalam penipuan ataupun kepura-puraan atau lebih tepat lagi 'living in denial'. Kalau kita selidik orang-orang ni, kita akan dapati mereka ini adalah terdiri daripada golongan yang berkepentingan dalam UMNO ataupun kerajaan samada secara langsung mahupun tidak langsung.
Aku baca blog milik salah seorang anak bekas pemimpin UMNO yang terang-terangan menghentam Pak Lah namun masih setia untuk berada dalam UMNO kerana kononnya UMNO sajalah wadah perjuangan melayu. BODOH!! Cerdik pandai tapi pendek akal dan nafsu lebih. Memanglah mereka akan mempertahankan ketololan UMNO sebab mereka dan keluarga mereka telah lama menyebat dan menuai hasil daripada ketuanan UMNO di negara ini. Dah lama makan duit UMNO sehinggakan darah daging dah ada cop UMNO. Hanya orang-orang UMNO yang tak korup sahaja yang akan meninggalkan UMNO dan menyokong parti lain kerana tidak bersetuju dengan kebiadaban, kerakusan dan kejalangan ahli-ahli UMNO sekarang.
Aku kenal seorang pemimpin muda UMNO yang baru nak berbunga. Keluarganya semua dalam UMNO dan telah lama meraih keuntungan besar hasil kontrak-kontrak yang diperolehi dengan cara rundingan terus (undertable). Percakapan kawan aku ni tak ubah seperti pembaca berita yang diberikan skrip. Jangan lari daripada skrip ini. Kalau dalam skrip tu kata ada harimau di depan namun yang sebenarnya ada gajah, masih dia akan cakap harimau di depan. TOLOL!!
Ada sesetengah orang berpendapat, ramai melayu yang marah-marah dengan UMNO ni sebab mereka tidak berkepentingan dan tidak beroleh apa-apa dengan ketuanan UMNO di Malaysia. Kalau mereka dapat takde la bising-bising. Ini pun salah satu tanda pemikiran terjajah oleh ketuanan UMNO. Ketololan dan kebodohan peringkat dewa.
Bukan masalah dapat projek atau tidak. Kemarahan kepada UMNO ni adalah kerana mereka telah menyebabkan melayu semakin mundur dan jauh ketinggalan. Contohnya; sebuah projek yang dibida oleh 2 syarikat melayu. Syarikat A kepunyaan ahli UMNO yang pasti akan meng'ALIBABA'kan projek itu dan syarikat B merupakan sebuah syarikat kepunyaan melayu serta berkebolehan dan mampu menjalankan projek itu dengan titik peluh usaha sendiri. Namun disebabkan kerakusan ahli UMNO yang tolol tu, projek tu dapat la kat dia dan seperti biasa akan di'ALIBABA'kan kepada sebuah syarikat lain milik bangsa bukan Melayu. Hasilnya, syarikat B tersebut hilang keupayaan untuk bersaing dan mengakibatkan kemungkinan gulung tikar.
Itu adalah salah satu contoh kenapa perlu kita orang melayu sendiri menolak dan menjahanamkan parti UMNO ini. Memang betul parti tu tidak salah tetapi pemimpin dan ahlinya yang salah. Tapi kalau dah 99% ahlinya tolol dan hidup dalam kepura-puraan, apa perlu lagi parti yang bernama UMNO ini. Biarlah seribu kali pun kita tukar pemimpinnya, situasi masih sama kerana 'culture' UMNO tidak akan dapat berubah dan diubah sehingga bila-bila selagi suku-sakat ahli-ahli tolo masih di dalam.
Kita ambil contoh salah satu ketololan pimpinan UMNO dalam kes Ahmad Ismail, ketua bahagian UMNO Bukit Bendera. Selepas isu ini mula-mula timbul, Pak Lah dan Najib iye-iye mintak maaf dalam tv namun si mangkuk hayun Ahmad ni masih senyap. Kemudian keluar pula kenyataan daripada Ahmad tolol ni yang dia tak akan minta maaf sebab kenyataannya disalah laporkan oleh wartawan Sin Chew tersebut dan Pak Lah terus tukar kenyataan yang menyokong pendirian Ahmad iaitu tak oerlu minta maaf. Maka mengamuklah pemimpin-pemimpin cina bukan setakat pembangkang malah Gerakan dan MCA. Si tua tolol tu terus menggelabah dan semalam terus tukar balik kenyataan yang dia akan minta si Ahmad ni beri kenyataan dan akan dikenakan tindakan.
Kenapa boleh jadi macam ni? Inikah pemimpin UMNO. TOLOL?!! Si tua Pak Lah ni tersepit di antara menjaga keamanan dalam BN ataupun mendapat sokongan Ahmad dan konco-konconya daripada Penang dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini. Bayangkan 13 bahagian UMNO Penang yang akan kekal mencalonkan dia sebagai presiden ataupun 13 bahagian ini mencalonkan orang lain sebagai presiden. Lihatlah betapa rakusnya si tua ini berusaha untuk mengekalkan jawatannya sehingga sanggup mengenepikan perpaduan kaum dalam negara ini. Kenapa? Adakah kerana hendak menabur lebuh banyak jasa kepada negara? Bulls**t...!!! Mestilah kerana belum puas melampiaskan nafsu serakah merembat harta-harta. Inilah realitinya.
Si tua kutuk sorang lagi, TDrM, dah pun setuju untuk masuk semula UMNO untuk menyelamatkan parti daripada rebah tersungkur jatuh dalam lubang tahi. Yang ni pun sama. Terpaksalah jilat ludah sendiri semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada terbongkar segala skandal semasa menjadi diktator selama 22 tahun dulu. Kalau PR mengambilalih kerajaan sudah tentu semuanya akan terbongkar dan dia pula yang akan merengkok dalam penjara seperti yang dia buat kepada Pak Sheikh dulu.
Lihatlah....!! Semuanya berselindung di sebalik alasan-alasan palsu semata-mata untuk menyelamatkan tembolok masing-masing. TOLOL!!!!
Di manakah letaknya kita sebagai rakyat marhein??
Monday, September 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment